kemenangan yang diperoleh oleh atlet rumah tuah

Saturday 23 July 2011

LAPORAN AKTIVITI KE 11

21/07/2011-Pertandingan membina laman web blog. Rumah tuah telah mendapat tempat ke 6 dalam pertandingan ini. Pertandingan mencipta laman web blog telah dijalankan bermula dari bulan Mei. Penyampaian hadiah telah di jalankan pada hari khamis 21/07.

LAPORAN AKTIVITI KE 10

02/07/2011-HARI KEJOHANAN OLAHRAGA SMKTSNI. Terdapat dua aktiviti yang dijalankan pada hari kejohanan olahraga kali ini iaitu pertandingan tarik tali dan larian 1murid 1sukan 1Malaysia. Larian 1murid 1sukan 1Malaysia di sertai oleh semua murid dan pertandingan tarik tali pula setiap tingkatan menghantar 8 orang ahli kategori lelaki dan perempuan. Rumah tuah telah mendapat tempat ke 4 dalam acara larian 1murid 1sukan 1malaysia. Tetapi keputusan keseluruhan rumah tuah telah mendapat tempat ke 5 daripada 6 buah rumah sukan.


Friday 6 May 2011

LAPORAN AKTIVITI KE 9

22/02/2011- Aktiviti mini sukan bertempat di Stadium Larkin yang dihadiri oleh guru penasihat yang bertugas pada hari tersebut dan atlet rumah sukan yang terpilih. Semua atlet diarahkan berkumpul di sekolah pada jam 2.00 petang sebelum bertolak ke stadium. Mini sukan bermula pada jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 6.00 petang. Setelah aktiviti berakhir, semua atlet berkumpul di hadapan stadium sebelum berangkat pulang ke sekolah. 

ulasan guru penasihat:
Aktiviti berjalan dengan lancar.

LAPORAN AKTIVITI KE 8

18/02/2011- Sambungan aktiviti mini sukan mengikut kategori yang diadakan di padang sekolah bermula pada jam 3.00 petang. Aktiviti ini dihadiri oleh guru penasihat dan atlet rumah sukan yang terpilih. Aktiviti berakhir pada jam 5.30 petang.

ulasan guru penasihat:
Aktiviti berjalan dengan lancar.

LAPORAN AKTIVITI KE 7

17/02/2011- Aktiviti mini sukan diadakan bertempat di padang sekolah yang telah dihadiri guru penasihat dan atlet-atlet yang terpilih dalam acara lompat jauh, lompat tinggi, lontar peluru dan lempar cakera. Aktiviti bermula pada jam 3.00 hingga 5.30 petang.

ulasan guru penasihat:
Aktiviti berjalan dengan lancar.

LAPORAN AKTIVITI KE 6

12/02/2011- Larian Mahkota SMK Tun Syed Nasir Ismail bermula pada jam 7.30 pagi. Sebelum larian dimulakan, semua pelajar berkumpul di Astaka blok baru untuk mendengar taklimat ringkas daripada Pn Fhadillah dan melakukan aktiviti regangan bersama Pn Sumitha supaya tidak berlaku kemalangan dan kecederaan. Rumah tuah telah mendapat tempat kelima daripada enam pasukan. Aktiviti larian berakhir pada jam 12.00 tengah hari.

ulasan guru penasihat:
Aktiviti berjalan dengan lancar.

LAPORAN AKTIVITI KE 5

08/02/2011- Latihan rumah sukan kali ketiga yang dihadiri semua guru dan murid rumah tuah bermula pada jam 3.30 petang. Menjalankan aktiviti seperti biasa bertempat di Astaka berbumbung dan padang sekolah. Pada latihan rumah sukan kali ini, beberapa orang atlet telah terpilih untuk mewakili rumah tuah untuk acara padang iaitu mini sukan. Aktiviti berakhir pada jam 5.30 petang.

ulasan guru penasihat:
Aktiviti dan pemilihan atlet berjalan dengan lancar.