kemenangan yang diperoleh oleh atlet rumah tuah

Friday 6 May 2011

LAPORAN AKTIVITI KE 9

22/02/2011- Aktiviti mini sukan bertempat di Stadium Larkin yang dihadiri oleh guru penasihat yang bertugas pada hari tersebut dan atlet rumah sukan yang terpilih. Semua atlet diarahkan berkumpul di sekolah pada jam 2.00 petang sebelum bertolak ke stadium. Mini sukan bermula pada jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 6.00 petang. Setelah aktiviti berakhir, semua atlet berkumpul di hadapan stadium sebelum berangkat pulang ke sekolah. 

ulasan guru penasihat:
Aktiviti berjalan dengan lancar.

LAPORAN AKTIVITI KE 8

18/02/2011- Sambungan aktiviti mini sukan mengikut kategori yang diadakan di padang sekolah bermula pada jam 3.00 petang. Aktiviti ini dihadiri oleh guru penasihat dan atlet rumah sukan yang terpilih. Aktiviti berakhir pada jam 5.30 petang.

ulasan guru penasihat:
Aktiviti berjalan dengan lancar.

LAPORAN AKTIVITI KE 7

17/02/2011- Aktiviti mini sukan diadakan bertempat di padang sekolah yang telah dihadiri guru penasihat dan atlet-atlet yang terpilih dalam acara lompat jauh, lompat tinggi, lontar peluru dan lempar cakera. Aktiviti bermula pada jam 3.00 hingga 5.30 petang.

ulasan guru penasihat:
Aktiviti berjalan dengan lancar.

LAPORAN AKTIVITI KE 6

12/02/2011- Larian Mahkota SMK Tun Syed Nasir Ismail bermula pada jam 7.30 pagi. Sebelum larian dimulakan, semua pelajar berkumpul di Astaka blok baru untuk mendengar taklimat ringkas daripada Pn Fhadillah dan melakukan aktiviti regangan bersama Pn Sumitha supaya tidak berlaku kemalangan dan kecederaan. Rumah tuah telah mendapat tempat kelima daripada enam pasukan. Aktiviti larian berakhir pada jam 12.00 tengah hari.

ulasan guru penasihat:
Aktiviti berjalan dengan lancar.

LAPORAN AKTIVITI KE 5

08/02/2011- Latihan rumah sukan kali ketiga yang dihadiri semua guru dan murid rumah tuah bermula pada jam 3.30 petang. Menjalankan aktiviti seperti biasa bertempat di Astaka berbumbung dan padang sekolah. Pada latihan rumah sukan kali ini, beberapa orang atlet telah terpilih untuk mewakili rumah tuah untuk acara padang iaitu mini sukan. Aktiviti berakhir pada jam 5.30 petang.

ulasan guru penasihat:
Aktiviti dan pemilihan atlet berjalan dengan lancar.

LAPORAN AKTIVITI KE 4

25/01/2011- Latihan rumah sukan kali kedua bertempat di Astaka berbumbung yang dihadiri oleh semua guru dan pelajar rumah tuah. Aktiviti bermula pada jam 3.30 hingga 5.30 petang.

ulasan guru penasihat:
Aktiviti berjalan dengan lancar.

LAPORAN AKTIVITI KE 3

18/01/2011- Latihan rumah sukan kali pertama diadakan bermula pada jam 3.30 petang. Semua ahli dan guru penasihat rumah tuah berkumpul di Astaka berbumbung sebelum memulakan aktiviti di padang untuk mengambil kehadiran dan melakukan aktiviti regangan. Selepas aktiviti regangan, semua ahli rumah tuah pergi ke padang untuk melakukan aktiviti seperti lontar peluru, lompat jauh, lompat tinggi, lumba lari dan lempar cakera. Aktiviti berakhir pada jam 5.30 petang.

ulasan guru penasihat:
Aktiviti berjalan dengan lancar.

LAPORAN AKTIVITI KE 2

15/01/2011- Perjumpaan kali pertama antara semua guru dan pelajar rumah sukan tuah. Perjumpaan bermula pada jam 8.30 pagi bertempat di Astaka blok baru. Ketua guru penasihat iaitu Pn Juhaida bersama guru-guru rumah tuah menjalankan perlantikan jawatan-jawatan terpenting dan AJK rumah tuah. Taklimat yang diberikan adalah berkenaan dengan hari latihan sukan yang akan dijalankan. Latihan rumah sukan tuah ialah setiap hari selasa dari jam 3.30 hingga 5.30 petang. Perjumpaan berakhir pada jam 9.21 pagi.

ulasan guru penasihat:
Perlantikan AJK berjalan dengan lancar, semua AJK dilantik dengan berjaya. 

LAPORAN AKTIVITI PERTAMA

01/01/2011- Bermula pada jam 8.00 pagi. Perjumpaan ini dihadiri oleh guru-guru penasihat rumah tuah. Pn Fhadillah menyampaikan tugasan-tugasan yang perlu dilakukan sepanjang tahun 2011. Semua guru diberikan tugasan. Perjumpaan berakhir pada jam 1.00 petang.

ulasan guru penasihat:
Aktiviti berjalan dengan lancar. 

CARTA ORGANISASI

GURU PENASIHAT:
PN JUHAIDA AZIYATI BT KOSRIN
EN MOHD NAQIUDDIN
PN ALIZAH BT SHAARI
PN RAFIDAH BT RAMLI
PN NABILAH BT JAAFAR
EN AIDIT B TOHA
EN KHAIRUSSALLEH
CIK SITI HAIDA
CIK ANA HAFIZAN
CIK SITI SHAHILAH
CIK SURYANI
EN AHMAD JAZIM
PN ANISA BT ARSHAD
PN SALINA BT DAUD
PENGERUSI:
AHMAD SAIRI KHAIRI
NAIB PENGERUSI:
SUSIANA BT MOHAMAD
SETIAUSAHA:
NUR FARAHANA BT ISMADI
NAIB SETIAUSAHA:
SOFIA BT IDRUS
BENDAHARI:
NOR AIZA AMIRA BT ABD GHAFAR
NAIB BENDAHARI:
NURUL FATIHAH BT RAMLI
AJK:
ZIKRI HARIS BIN NAZRI(1 UM)
NUR SABRINA YUSRI(2 UKM)
NURLIANA MUSA(3 UTM)
MUHD FAIZ KADIR(4 UPSI)
NUR FARA ADILA(5 UUM)